Monday 25 February 2013

Ilmu Metafizik

Lama sangat tak update blog saya ni..Dah penuh berhabuk..Orang baru cam saya ni mana la pandai sangat nak berblog..Rakan-rakan di laman carijodoh juga semuanya macam nak sembunyi-sembunyi saja..takde pun yang nak berchatting dengan saya di facebook mahupun di twitter..Saya tak salahkan anda..Mungkin anda rasa malu untuk menonjolkan diri sebenar anda..Pada yang sudi nak bersahabat dengan saya, saya ucapkan terima kasih..

Sebetulnya tiada apa yang perlu anda malukan dengan menyertai laman carijodoh ini..Ia merupakan salah satu usaha anda untuk menemui teman hidup..& usaha anda itu seharusnya dipuji..Memang tak dinafikan ada juga segelintir yang tidak jujur, namun dengan kebijaksanaan & sikap berhati-hati anda, in-sha-Allah anda tidak akan apa-apa di laman maya ini..Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua kawan-kawan saya di laman carijodohserasibersama..

Seringkali kita tertanya-tanya kenapa kita berasa tertarik sangat dengan seseorang tu, tapi kenapa pula ada sesetengahnya yang kita langsung tak tertarik..Dulu saya beranggapan ia hanyalah tarikan semata-mata..Namun setelah saya pelajari ilmu metafizik, barulah saya mengerti mengapa kita begitu serasi & tertarik dengan sesetengah orang..

Sebagai contoh, saya & encik husband..kami memang bagai langit & bumi..banyak perbezaan namun masih boleh kompromi..saya adalah orang nombor 4 (unsur kayu) & suami adalah no. 7 (unsur air)..memang daripada gabungan tarikh lahir kami, ada no. chemistry/serasi, namun banyak juga unsur tekanan..melalui ilmu ini saya tahu saya perlu banyak bertolak ansur & mengelak daripada wujud tekanan antara kami..

Dahulu, ketika saya tidak mendalami ilmu metafizik ini, kami selalu juga bergaduh..Alhamdulillah, saya ditemukan dengan ilmu ini yang mana membuatkan saya lebih memahami diri sendiri & orang2 disekeliling saya..Saya tak nafikan masih ada pihak yang mengatakan ilmu ini syirik & sebagainya..

Namun, ilmu metafizik sebenarnya adalah hasil kajian yang dibuat ke atas ramai orang..sepertimana pakar motivasi yang selalu merujuk pada kelakuan seseorang berdasarkan bulan kelahiran mereka..Namun, ilmu metafizik ini lebih kompleks & lebih detail tentang pola-pola/blueprint yang terdapat dalam diri seseorang..

Jadi, apakah pilihan anda? Memilih untuk mencari & menemui insan yang salah @ mendalami sedikit ilmu ini untuk mencari seseorang yang sememangnya ada chemistry dengan anda? Jika anda ingin lebih mengenali diri anda, dan mengetahui pasangan yang macam mana yang sesuai untuk anda, bolehlah berbincang dengan saya..Semoga berjaya selalu hendaknya..


5 Syarat Nak Buat Maksiat..




Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat. " Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." 


Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
 

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. " Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima? " Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim..

-----------------

Pasakkan Iman Untuk Satu Perubahan...