Sunday 16 December 2012

Kaedah Mencari Cinta...


Naluri setiap manusia pasti tidak lepas dari pengalaman mencari sesuatu yang dinamakan cinta. Ianya tertanam di dalam jiwa setiap insan dan pasti setiap insan pernah berasa ingin memilikinya. Namun, setiap daripada kita kadangkala mencari cinta, jodoh dan kasih sayang tanpa mencarinya dengan betul hingga mengakibatkan kita mencari perkara yang salah dan terjumpa orang yang salah. Ianya disebabkan kerana mungkin kita tak mengetahui apa sebenarnya yang dicari. Mengakibatkan kita tak memiliki matlamat dan cara yang betul untuk mencarinya. Maka, tersesatlah kita dalam mencari sesuatu yang tak pasti.

Oleh itu, carilah cinta dengan mencari ciri-ciri yang anda mahukan, tetapi bertanggungjawab di dalam perihal cinta di atas nama kejujuran menjaga kehormatan dan kesopanan antara manusia. Bertanggungjawab ke atas cinta yang dibina atas dasar kasih sayang, bukannya untuk mengambil kesempatan dan tentunya cinta kita kepada manusia tidak melebihi cinta kita kepada Yang Maha Kuasa.

Cinta itu lumrah alam dan wujud dalam setiap insan. Tujuannya adalah untuk manusia berhibur di kala kesunyian sepertimana Adam kesunyian di syurga maka Hawa diwujudkan oleh Yang Maha Kuasa. Cinta itu juga adalah untuk mewujudkan ikatan silaturrahim antara insan dan antara keluarga-keluarga mereka. 

Untuk mendapatkan cinta, anda perlu BERcinta dan memberi peluang kepada orang untuk MENcintai diri anda. Cinta yang baik tentunya cinta yang mempunyai dua hala secara beri dan terima (give and take). Mana mungkin cinta itu wujud sehala, jika ada, ianya bersifat sementara sahaja. Namun, untuk mencari seseorang yang anda boleh mencintai dirinya dan dia boleh mencintai diri anda adalah sukar kerana anda lahir tanpa diberitahu siapa pasangan cinta anda. Maka, di sinilah peranan kaedah pengiraan tarikh lahir dalam membantu anda mencari seseorang yang serasi dan mengurangkan risiko tersalah pilih. Kami tidak bermaksud anda perlu percaya, tapi sekurang-kurangnya anda ada panduan atau matlamat yang boleh membantu anda untuk memilih.

KUASA PILIHAN DI TANGAN ANDA!!
Anda berkuasa untuk memilih dan anda diberi ruang dan peluang untuk memilih, maka gunakan kesempatan ini untuk membuat pilihan. Kaedah ini memberi anda sebentuk ilmu dan beberapa fakta mudah yang memberikan anda keyakinan untuk memilih.  Pilihan yang dibuat MUNGKIN tidak menepati cita rasa anda, namun kami hanya membantu anda dalam proses memilih berdasarkan tarikh lahir yang serasi. Anda sentiasa dalam mod memilih dan pilihan yang anda buat itu jika dibuat secara sistematik, tenang dan penuh dengan maklumat dan persediaan, tentu akan memberikan keputusan yang terbaik. In Shaa Allah..




Waktu-waktu yang baik...

Salam..
saya lupa saya dapat info ni di mana..but ringkasan waktu yang baik adalah seperti ni:

7-9 pagi: best for passion 

  • masa yang paling sesuai untuk bonding/merapatkan hubungan dengan pasangan @ orang2 yang kita sayang/penting dalam hidup kita.
  • spt. berpeluk @ ucap saya sayang awak pada suami/isteri ( yg lum kawin tu leh bagi mesej @ ucapan romantis di pagi hari), call mak/ayah/adik-beradik, tulis nota terima kasih pd kawan2/rakan sekerja.
9-11 pagi: best for creativity
  • waktu bagus untuk buat minda korang fokus
  • spt. cari idea2 baru, tulis presentation, mencari jalan penyelesaian, merangka rancangan dll.
11-2 petang: best for tough task/kerja sukar@besar
  • waktu ni minda bersedia untuk terima seberapa banyak kerja/tanggungjawab yang besar or take action pada rancangan2 yang dah dibuat.
  • spt melihat semua emel/voice mail/call, jumpa client atau bos, @ kalau tengah ada problem dengan pasangan, time ni la sesuai untuk bincang/luahkan (ye ke?)
2-3 petang: best for a break/rehat
  • kalau leh makan tengah hari nak dkt2 kul 2 tu (kalau boleh)..
  • sesuai untuk meditasi ( pd org. islam sembahyang la, of course), membaca benda2 yang menarik spt surat khabar, fb, majalah, blog dll.
3-6 petang: best for collaboration
  • spt brainstorm dengan semua pekerja..
6-8 malam: best for personal task
  • luangkan masa berkualiti dengan keluarga
  • spt. memasak makanan yang enak @ melakukan sesuatu yang asyik tertangguh spt mengemas bilik, stor, laman rumah dll.
8-10 malam: best for relaxing
  • bila perut dah kenyang, badan dah segar, boleh la layan movie@cerekarama kat rumah @ buat kerja2 yang tak menggunakan banyak tenaga spt. mengait, menjahit, buat persediaan tuk sok pagi dll
10 malam: best for snoozing...tiduuurrr...zzzz
  • baca buku sebelum tidur, tulis diari, @ baca benda yang nak diingat esok pagi..
  • tidur awal boleh la bangun awal sok pagi..betul tak..

Saturday 1 December 2012

Puisi

Mencari Cinta Sejati

Cinta,
Keinginanku mencari teman,
Yang ingin kupanggilnya sayang...,
Seorang yang boleh diharapkan,
Memberikan sebentuk senyuman dan keriangan,
Untuk mengasihi dan dikasihi,
Aku hargai sifat kasih yang murni,
Sebagai pendorong hati nurani.
Sebagai motivasi kekuatan diri...

Cinta sejati,
Kulihat di kaca realiti,
Yang tentu boleh membahagiakan,
Namun kutahu cinta itu banyak cabaran,
Kasih berpanjangan,
Di celah halangan dan dugaan.

Konflik kehidupan akan aku lalui dengan kekuatan,
Cinta sejati pengikat kasih jiwa,
Memberi cinta tanpa sempadan masa,
Mengembangkan cinta ke tahap bahagia.

Ku mencari cinta,
Mencari, mengintai di celah-celah harapan menggunung tinggi,
Akhirnya kutemui jua cinta sejati,
Ia ada di dalam hatiku untuk diberikan kepada dirinya,
Senyuman penuh ceria,
Sayang bertapak jua akhirnya,
Untuk si dia yang kupanggil CINTA...


- Eddy Rosyadie -
dari Buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan