Sunday 16 December 2012

Kaedah Mencari Cinta...


Naluri setiap manusia pasti tidak lepas dari pengalaman mencari sesuatu yang dinamakan cinta. Ianya tertanam di dalam jiwa setiap insan dan pasti setiap insan pernah berasa ingin memilikinya. Namun, setiap daripada kita kadangkala mencari cinta, jodoh dan kasih sayang tanpa mencarinya dengan betul hingga mengakibatkan kita mencari perkara yang salah dan terjumpa orang yang salah. Ianya disebabkan kerana mungkin kita tak mengetahui apa sebenarnya yang dicari. Mengakibatkan kita tak memiliki matlamat dan cara yang betul untuk mencarinya. Maka, tersesatlah kita dalam mencari sesuatu yang tak pasti.

Oleh itu, carilah cinta dengan mencari ciri-ciri yang anda mahukan, tetapi bertanggungjawab di dalam perihal cinta di atas nama kejujuran menjaga kehormatan dan kesopanan antara manusia. Bertanggungjawab ke atas cinta yang dibina atas dasar kasih sayang, bukannya untuk mengambil kesempatan dan tentunya cinta kita kepada manusia tidak melebihi cinta kita kepada Yang Maha Kuasa.

Cinta itu lumrah alam dan wujud dalam setiap insan. Tujuannya adalah untuk manusia berhibur di kala kesunyian sepertimana Adam kesunyian di syurga maka Hawa diwujudkan oleh Yang Maha Kuasa. Cinta itu juga adalah untuk mewujudkan ikatan silaturrahim antara insan dan antara keluarga-keluarga mereka. 

Untuk mendapatkan cinta, anda perlu BERcinta dan memberi peluang kepada orang untuk MENcintai diri anda. Cinta yang baik tentunya cinta yang mempunyai dua hala secara beri dan terima (give and take). Mana mungkin cinta itu wujud sehala, jika ada, ianya bersifat sementara sahaja. Namun, untuk mencari seseorang yang anda boleh mencintai dirinya dan dia boleh mencintai diri anda adalah sukar kerana anda lahir tanpa diberitahu siapa pasangan cinta anda. Maka, di sinilah peranan kaedah pengiraan tarikh lahir dalam membantu anda mencari seseorang yang serasi dan mengurangkan risiko tersalah pilih. Kami tidak bermaksud anda perlu percaya, tapi sekurang-kurangnya anda ada panduan atau matlamat yang boleh membantu anda untuk memilih.

KUASA PILIHAN DI TANGAN ANDA!!
Anda berkuasa untuk memilih dan anda diberi ruang dan peluang untuk memilih, maka gunakan kesempatan ini untuk membuat pilihan. Kaedah ini memberi anda sebentuk ilmu dan beberapa fakta mudah yang memberikan anda keyakinan untuk memilih.  Pilihan yang dibuat MUNGKIN tidak menepati cita rasa anda, namun kami hanya membantu anda dalam proses memilih berdasarkan tarikh lahir yang serasi. Anda sentiasa dalam mod memilih dan pilihan yang anda buat itu jika dibuat secara sistematik, tenang dan penuh dengan maklumat dan persediaan, tentu akan memberikan keputusan yang terbaik. In Shaa Allah..




No comments:

Post a Comment