Wednesday 4 December 2013

Tips Kurangkan Marah



Anda seorang pemarah dan selalu mudah nak marah-marah? Ada 5 tips untuk mengubati @ sekurang-kurangnya mengurangkan "penyakit" ini. Kerana, orang yang kerap marah adalah orang yang sedang "sakit". Ada orang mengatakan marah hanya akan memecahkan aura positif yang ada dalam diri kita. Kan ke rugi macam tu. Akibatnya, ramai orang yang menghindar dari kita & jodoh pun tak mau lekat.

Marah adalah sifat semulajadi manusia. Kita perlu marah sebab memang semulajadinya kita dibekalkan dengan sifat itu. Ada kalanya marah penting & patut, tetapi lihatlah keadaan dan situasinya. Namun, marah yang tak kena tempat hanya akan merugikan diri sendiri. Antara petua yang boleh digunakan semasa sedang marah adalah:


1 - Minum Air Biasa

--> Jika anda rasa hendak marah sedangkan anda tahu anda tak patut marah, tenangkan diri dengan minum air biasa sebanyak yang boleh. Minumlah sambil duduk, kalau boleh habiskan air dalam gelas itu dalam sekali nafas. Kenapa air biasa? Sebahagian dari bumi adalah air, sebahagian besar dari tubuh kita adalah air. Manusia apabila kekurangan air akan dehydrated. Air akan stabilkan diri anda dari A hingga Z. Ini bermakna pengambilan air akan membetulkan bukan sahaja sistem dalam tubuh tapi juga emosi. 


2 - Tarik Nafas Panjang

--> Lebih baik lakukan pernafasan kaedah 3E iaitu tarik nafas pada kiraan 7 saat, simpan di dada 7 saat dan lepaskan 7 saat. Buat 3 kali berturut-turut.


3 - Makan Anggur Manis Tanpa Biji

--> Pernah makan anggur? Sudah tentu pernah, kann..Bagaimana cara anda makan anggur? Apakah dengan gelojohnya bagaikan harimau makan ataupun anda tenang-tenang memetik lalu memasukkannya ke dalam mulut lalu mengunyahnya perlahan-lahan? Ingat, mestilah anggur tanpa biji. Jika berbiji anda hanya akan lebih tension sebab ia mengganggu nikmatnya mengunyah. Dan pastikan juga ia manis sebab anggur berbiji dan masam akan semakin menyebabkan anda marah. 


4 - Pakai Pewangi

--> Lantaran ada larangan wanita Muslimah daripada menggunakan pewangi, gunakan ia pada masa-masa tertentu dan sesuai sahaja, misalnya sudah tentu pada masa anda akan marah.


5 - Minum Susu

--> Kajian sains membuktikan kalsium berkesan terhadap saraf manusia, ia merehatkan otak, maka sudah tentu ia bermanfaat untuk menenangkan jiwa. Susu adalah minuman yang terbaik selepas air biasa untuk menenangkan otak. Lihat bayi, akan tenang selepas minum susu, malah meminumnya dengan tenang sekali, kadang-kadang sambil tertidur.


Marah bukan sentiasa buruk. Kadang-kadang kita kena pamerkan rasa marah untuk mendapat reaksi yang sesuai. Tetapu apabila marah sudah tidak terkawal, ingatlah 5 langkah ini. Marahlah untuk semakin dirindui, bukan marah untuk dibenci...

Thursday 24 October 2013

To All My Friends...

1.To My Friends Who Are...........SINGLE 
Love is like a butterfly . The more you chase it , the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. 

Love can make you happy but often it hurts , but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best
2.To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE 
Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be

3.To My Friends Who Are...........PLAYBOY/GIRL
Never say "I love you" if you don't care. 
Never talk about feelings if they aren't there. 
Never touch a life if you mean to break a heart . 
Never look in the eye when all you do is lie. 
The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways... 

4.To My Friends Who Are............MARRIED
Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." 
Not "where are you", but "I'm right here." 
Not "how could you", but "I understand." 
Not "I wish you were", but "I'm thankful you are." 

5.To My Friends Who Are............ENGAGED 
The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

6.To My Friends Who Are...........HEARTBROKEN 
Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them 

7.To My Friends Who Are............NAIVE 
How to be in love: 
Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.

8.To My Friends Who Are...........POSSESSIVE 
It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you. 

9.To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS 
Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. 

But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

10.To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON 
sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it

If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....

11.TO ALL MY FRIENDS....... 
My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature, never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.

Thursday 17 October 2013

Bolehkah Perempuan Mengurat Lelaki?

Perempuan tackle lelaki? Macam pernah dengar hal ni @ anda adalah orang yang memulakan dahulu perkenalan bersama si dia. Bagaimana perasaan anda ketika mula2 mengurat dahulu? Kalau ikut tradisi orang dahulu, kita akan dituduh sebagai perigi mencari timba, tambahan pula kita orang Melayu yang memegang teguh pada adat resam, budaya dan agama. 

Zaman sudah berubah, ada juga lelaki yang pemalu dan tidak salah perempuan memulakan dahulu perkenalan tersebut. Seperti kata seorang ustaz, hanya orang bijak mengambil kesempatan akan mendapat peluang tersebut. Jadi, kalau anda ada menaruh hati pada si dia sebelum ini, malu-malu bagaimana nak memulakan perkenalan, apa kata mulakan langkah baru. Mengurat tidak salah asal tidak melanggar batas agama. 

Tidak salah wanita memulakan dahulu sesuatu perkenalan. Memberi salam perkenalan, bertanya latar belakang, malah berjumpa sekalipun adalah diizinkan dengan syarat bersama mahram (bapa, abang kandung dan sebagainya). Kesemuanya ini dilakukan sekadar keperluan sehingga tidak meleret-leret @ terlalu detail (teliti) yang boleh membawa kepada fitnah dan kelekaan. Bukan sekadar memulakan perkenalan, malah wanita juga berhak memulakan dan menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada seorang lelaki. Bilangan lelaki yang semakin sedikit dan jumlah wanita yang semakin ramai menjadi kewajaran malah persaingan dalam isu pemilihan calon pasangan, jadi hanya orang yang bijak dan pandai merebut peluang akan beruntung.

Kita ambil contoh Saidatina Khadijah yang telah memulakan dahulu perkenalan terhadap peribadi Rasulullah SAW melalui hambanya, Maisarah. Malah Saidatina Khadijah juga telah melamar baginda melalui hambanya itu, dan akhirnya mereka hidup bahagia. Yang penting, adalah kecenderungan untuk memilih yang terbaik dengan sifat yang terbuka, tanpa menyakiti atau memperkecilkan peribadi yang lain. Sekiranya ini dapat diamalkan, tiada lagi tanggapan negatif terhadap individu wanita yang "cuba memulakan dahulu" sebagai perigi cari timba.

Malu merupakan halangan terbesar bagi wanita untuk memulakan langkah pertama. Cara terbaik bagi wanita yang mahu memulakan langkah pertama adalah dengan membina keyakinan diri sendiri melalui penampilan dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Cuba ambil tahu dan bertanya kepada kawan-kawan yang rapat dengan lelaki yang mereka berkenan. Apa yang disukainya, makanan kegemaran, hobi dan sebagainya.

Kalau mahu keluar bersama buat pertama kalinya, ajaklah kawan-kawan lain sama bagi menghilangkan sikap gementar. Buatlah secara perlahan-lahan. Biar sikit-sikit kita wujudkan perhubungan itu agar tidak nampak kita seperti mendesak. Biarkan hal itu berlalu secara normal dan berkeadaan biasa. Tapi, macam mana pula kalau hubungan yang cuba diwujudkan berjaya?Ini biasanya menjadi persoalan bagi wanita. Sudah tentu dia gembira kerana tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, perasaan bimbang hubungan tak akan kekal masih ada. Maklumlah, bukan lelaki itu yang mula memikat dirinya.

Untuk kekalkan hubungan sebenarnya banyak cara. Di sini, dinasihatkan agar mereka banyak belajar dan memperbaiki diri. "Open minded" dan sebaiknya banyakkan berbincang bersama. Cuba wujudkan komunikasi dua hala untuk kebaikan bersama dan lakukan perubahan positif. Saling membantu dan berkongsi susah senang bersama. Dengan cara itu, InshaAllah, hubungan yng dibina akan berkekalan.

Tapi, jika hubungan yang dibina putus di tengah jalan, jangan terlalu ikutkan hati. Memang kecewa jika berlaku begitu, tambah-tambah lagi kita sebagai wanita yang memulakannya dahulu. Tentulah kita harap hubungan terus kekal. Tapi, kalau hubungan tak berpanjangan, cuba sibukkan diri dengan kerja, bersama-sama dengan kawan-kawan atau beriadah di masa lapang. Jangan sepikan diri sebab kita akan rasa lebih kecewa dan sedih lagi bila berseorangan.

Sebaiknya bagi lelaki, jangan beri harapan palsu pada perempuan dan terima dia semata-mata nak jaga air muka atau bertujuan nak ambil kesempatan. Wanita ni, kalau dah sayang seorang lelaki tapi perasaannya dipermainkan, bimbang nanti dia akan anggap semua lelaki sama. Pada saya, kalau lelaki tu 'gentlemen', dia akan berterus-terang.


p/s : nantikan perkhidmatan perunding carijodoh yang akan dilancarkan tak lama lagi..biar kami bantu mencari pasangan hidup anda.


Thursday 1 August 2013

Tentang Lelaki.....About Man....


Apa yang anda tahu tentang lelaki??Mereka ego, cakap besar, degil, hyperaktif..huhu..Namun, sebenarnya jika diselidik lebih dalam tentang lelaki & mengenepikan segala yang negatif tentang meraka, sebenarnya memahami kaum lelaki adalah jauh lebih kompleks dari memahami seorang wanita..Kerana mereka sukar untuk meluahkan, justeru selalu disalah mengertikan..Jom kita kupas sedikit tentang lelaki...

1 - Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, sebaliknya yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya & mempersona..(untuk itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona).

2 - Lelaki sangat benci dikhianati. (walau mereka egois, keras dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3 - Ketika saat dia meyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa malah asyik bersama kawan-kawannya. (hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti anda tidak pernah ada di hatinya).

4 - Jika dia mengatakan, "Ya, memang aku tidak memahami kamu", itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. (bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5 - Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama dengan kawan-kawannya.  Tetapi percayalah, ketika dia bersiap untuk tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. (dan percayalah, mereka suka senyum2 sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).

6 - "Awak sedang buat apa?" atau "Dah makan belum?" adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal tentang anda).

7 - Jika seorang lelaki benar2 mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam, atau berjerawat (mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).

8 - Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (untuk itu, jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona)

9 - Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda (termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak diceritakan pada anda).

10 - Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda (walau kadang2 dia suka bercerita tentang bekas kekasihnya pada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda)

11 - Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu & malu. Dia serius dengan anda!!

12 - Lelaki selalu ingin berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda)

13 - Sesekali lelaki menangis..(semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. berikan pelukan & sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).

14 - Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah. 

15 - Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan jenis tipikal yang selalu berharap dan memandai-mandai.

16 - Lelaki akan cuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif)
17 - Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (untuk itu, boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan berbanding wanita)

18 - Jangan pernah berkata padanya, "Mmmhh....lupakan jelah"...kerana hal ini akan membuat dia tertanya-tanya dan bahkan bertambah curiga pada anda. (seperti wanita juga, mereka makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu)

19 - Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya, dan membelai lembut kepalanya. (percayalah, jika anda melakukan ini padanya, maka dia akan terus menerus merindukan anda)

20 - Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (@ kata lain merayu anda)


21 - Jika lelaki ragu2 dan kelihatan banyak berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. (kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan saja hal yang tidak ingin dia lakukan, untuk wanita yang dicintai. tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong)

22 - Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah "akan aku cuba lagi"..


23 - Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami anda dalam sekali bual saja. Mereka makhluk Tuhan yang cerdas, tetapi terkadang sukar bagi mereka untuk memahami anda. (begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami)  

24 - Lelaki benci gay!! (bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan malah mereka takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis)

25 - Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26 - Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda.

27 - Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka (tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu)

28 - Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukannya melulu bercerita tentang diri anda.

29 - Jika seorang lelaki sungguh-sungguh mengatakan anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30 - Bukan wanita saja yang gemar bergosip ketika bersama rakan-rakan perempuannya, lelaki juga begitu. mereka juga selalu bergosip.

31 - Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata anda. mereka juga tidak suka melihat anda bersedih)

32 - Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. mereka lebih menerima kekurangan apa adanya diri mereka.

33 - Boleh saja membuat lelaki "angau" pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, ,ereka juga boleh bosan dan jenuh.

34 - Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35 - Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka pada kebersihan, bau wangi dan keindahan.

36 - Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37 - Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38 - Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda perlu mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39 - Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.

40 - Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.

41 - Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas berbanding wanita yang hanya tahu tentang make-up dan mini skirt.

42 - Lelaki adalah makhluk yang tak berapa pandai tentang wanita, malah mereka malu bertanya apa yang wanita inginkan. Hasilnya kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43 - Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah untuk digapai.

44 - Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

45 - Terkadang, lelaki terlalu berfikiran negatif berbanding positif.

46 - Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47 - Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya anda.

48 - Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa mereka dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox mesej didalam handfon anda.

49 - Jika anda tahu bagaimana menakluki lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.

50 - Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih dari seumur hidup. 






Friday 12 April 2013

PERBEZAAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN 2

Perbezaan lagi??cukup-cukuplah tu admin..Xkesah la apa yang anda nak fikir, admin suka sebenarnya nak memahami & membuat orang lain juga faham antara perbezaan lelaki & perempuan..Sebab bila kita faham perbezaan, kita lebih mudah menerima apa yang dilakukan pasangan kita..Kalau tidak, memang asyik nak bertekak je la jawabnya..Antara perbezaan yang dapat disenarakan di sini adalah dari sudut:


  • MINTA PENDAPAT
Wahai wanita semua, ketahuilah anda bahawa ORANG LELAKI MEMANG SANGAT EGO..Lantaran itu, dia tak mudah menerima pertolongan orang lain @ pandangan orang lain terutama sekali pasangannya..

Sebaliknya orang perempuan, mudah menerima & terpengaruh dengan pandangan orang lain lebih2 lagi oleh orang yang dicintainya..Perbezaan yang ketara, kann..

  • SIKAP MENGALAH
Orang lelaki menganggap kalau dia mengalah, macam tak bermaruahlah pulak..

Sedangkan orang perempuan kalau mengalah itu tandanya dia sayang &pengorbanan yang tak berbelah bagi.

  • PERSPEKTIF KEJAYAAN
Orang lelaki kalau nak kata sesuatu tu berjaya, dia akan nilai hasilnya @ prestasi & nampak depan mata..

Orang perempuan pulak, menilai berdasarkan perasaan & kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang dia amat2 sayang..

  • CARA MENGURUS STRESS
Orang lelaki kalau tertekan @ ada masalah/stress sikit, akan lebih banyak menyendiri & menjauhkan diri..

Orang perempuan pulak, bila tertekan habis satu dunia dia cerita..dia akan cerita masalah yang dia hadapi kepada orang lain dengan harapan dapat simpati..

Kan beza tuu..Orang lelaki kalau mengadu kat orang dikira tak macho, walau macam mana pun dia tetap akan selesaikan sendiri (almaklum ego)..tapi orang perempuan, kalau tak cerita kat orang rasa macam tak bernafas..buat apa pun serba tak kena..betull takk??

  • EMOSI
Orang lelaki emosi dia macam getah, sekejap je..

Orang perempuan, emosi dia macam ombak tsunami, dah tu lambat pulak nak pulih..huhu..

  • CARA BERI ARAHAN
Orang lelaki kalau di rumah dia beri arahan selalu bersifat ketua yang berkuasa walaupun isteri dia berjawatan lebih besar daripada dia di luar...

Orang perempuan pula tak beri arahan, tapi suka berleter sampai dia puas hati..

  • SIKAP PEMURAH
Orang lelaki lebih bersikap pemurah daripada perempuan..(tentulah tak semuanya gitu)..

Orang lelaki bukan saja pemurah kadang2 boros bukan main..Orang perempuan pulak kedekut @ istilah lain kuat berjimat..( tapi bab beli sofa, beli karpet baru, langsir baru, kereta baru tak kedekut, tapi bab nak derma, bab nak bagi hadiah kahwin, orang perempuan selalunya lebih kedekut..) Orang lelaki pulak sanggup berhabisan & berikan hadiah mahal2 sebab ego..padahal tak berapa mampu..nak2 kalau ada orang cabar, dia mesti sambut punya..(tapi kering le dia sepanjang bulan tu)..

  • CARA BERFIKIR
Orang lelaki, cara dia fikir tu makro, besar..Fikir cara besar & cara global, cara keseluruhan lagi mudah..(maka tu sebabnya lelaki ramai yang cakap besar..)

Orang perempuan, selalunya cara penilaian secara mikro, cara kecil, melihat sesuatu secara terperinci..

  • FOKUS
Orang lelaki selalunya tak fokus pada sesuatu perkara, sedangkan orang perempuan selalu fokus pada sesuatu perkara..

Sebab tu perempuan mudah menangis, sebab dia terlalu fokus..orang gurau, dia amik hati, kecik ati, merajuk lalu mengutuk, menangis..Orang lelaki, kutuklah berbakul2 pun, dia selamba jerr..

  • PERASAAN CINTA
Orang lelaki perasaan cintanya fleksibel..sebab tu oleh jadi buaya, boleh kahwin 4..

Orang perempuan, cintanya sepenuh hati & separuh mati, hanya pada yang satu..(perempuan yang baik laa)

  • KEMAHIRAN MENDENGAR & MEMBUAT KEPUTUSAN
Pelik betul orang lelaki ni..Pernah tak bila kita bercakap dengan dia, dia macam buat dek je, macam tak dengar..tapi cepat pulak dia bagi pendapat..dia sebenarnya bukan tak mendengar, dia dengar cuma kurang beri perhatian jer...kurang teliti tapi dengar..

Orang perempuan pulak, lebih teliti bila mendengar & kerap berfikir sebelum buat keputusan...Kadang2 lambat sangat buat keputusan, sampai abang hilang sabor..

  • ASPEK KEBENDAAN
Orang lelaki selalu beri tumpuan pada aspek kebendaan..Macam kereta, nak yang berjenama, kalau tak berjenama dia bikin sampai nampak macam berjenama..

Orang perempuan pulak, lebih tumpu aspek perasaan & kemanusiaan..Jarang2 kita tengok orang perempuan bikin dia punya kereta hingga menyakitkan mata orang sebab dia ambil kira perasaan orang..

  • MINTA BANTUAN
Orang lelaki ni kalau namanya nak minta tolong kat orang, dia segan..tak ada upaya rasanya, malu, serba tak kena, maklum orang lelaki kan ego..

Sedangkan orang perempuan. kalau dia minta bantuan @ memberi bantuan tu tandanya dia sayang dan nak bermanja..

  • SIKAP MARAH
Biasanya orang lelaki kalau bertengkar dia lawan, terutama denan pasangan dia, dah tu dia pergi..bila dia balik, dia akan diam macam takde mulut, membisu je..

Orang perempuan pulak, lebih banyak mengalah, kadang2 tu pura2 setuju sebab nak elak perang besar..

  • TOPIK BERSEMBANG
Orang lelaki ni kalau nak tahu, bila dia bersama kawan2 kamcing dia tak bercakap pasal pasangan dia, mereka lebih banyak cakap pasal perempuan lain..Pasal tu ada mutiara berbunyi, "orang lelaki kalau kat luar semuanya bujang, balik rumah karang baru suami orang balik"...

Berlainan dengan orang perempuan, mereka lebih suka bercerita tentangpasangan tak kiralah kekasih ke, suami ke..Orang perempuan kalau berjauhan dengan anak2 & suami, time sorang2 ternampak anak orang, dia ingat anak sendiri, tapi orang lelaki time sorang2 ternampak bini orang terasa pulak macam bini sendiri..huhu..tapi tentulah, tak semua lelaki macam tu, tapi ramai yang begitu..

  • MENGHADAPI KESUKARAN
Biasanya, orang lelaki dia dapat menyesuaikan diri bila berdepan dengan kesukaran, nampak tenanglah, tak kelam kabut, tapi orang perempuan, ya ALLAH, risau kemain..biasalah tu..

  • SIKAP KEPIMPINAN
Biasanya, orang lelaki suka buat keputusan & orang perempuan mengikut..betull tak?

  • SEMANGAT KEKELUARGAAN
Orang lelaki ramai yang selesa berjauhan dengan keluarga..lagi jauh lagi best, lagi lama lagi nyaman, orang perempuan pulak suka bersama keluarga..

Tanpa pasangan, macam tak completelah pulak hidup kita..walau sifat masing2 macam langit & bumi..Pasal tulah, walaupun penuh berbeza bila hidup dalam satu rumah, dalam istilah perkahwinan bahagia, disulam dengan cinta & kasih-sayang, bertambah-tambah bahagianya..Semoga ia dapat dijadikan panduan pada semua..


p/s: info diambil dari buku Dr. HM Tuah Iskandar (Kalau Ya, Katakan Ya!)


  


Monday 1 April 2013

Pemakanan Sunnah Dalam Bentuk Kapsul


Baru-baru ni saya telah diperkenalkan dengan produk pemakanan sunnah yang saya kira bagus dan saya berpuas hati dengannya..Apatah lagi, ia adalah pemakanan yang diperakui bagus oleh Nabi kita Nabi Muhammad saw..Jadi marilah sama-sama kita memartabatkan pemakanan yang membawa banyak kebaikan pada kita ini di samping dapat menghidupkan sunnah Nabi..

Ini adalah info berguna mengenai Habbatus Sauda..
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun. Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin, Jintan hitam, Habbah Brakah . Tanaman Habbatus Sauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm. Bercabang dan melingkar pada bahagian atas. Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan.


Biji hitamnya agak kuat baunya. Menyengat hidung. Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia. Ia mampu melawan serta mengusir virus. Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit. Butir Habbatus Sauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.



Bukti Kehebatan Habbatus Sauda

Khasiat Habbatus Sauda bukan cakap cakap kosong. Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat. Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalankan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh. Di samping itu, ramai lagi saintis yang memaparkan hasil kajian mereka di dalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antarabangsa. Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatus Sauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik. Kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’, debuan dan habuk, jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.


Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu. Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.



Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit



Apa wujudkah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatus Sauda namanya. Apa yang mampu dibuat Habbatus Sauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekaligus mencegah tubuh diserangi penyakit. Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk sistem kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.



Dengan meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh, Habbatus Sauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni. Kromosom antibodi Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.



Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA. Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis. Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.



Bagaimana Habbatus Sauda Bertindak ?



Dengan komponen-komponennya,  Habbatussauda bertindak untuk Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal) + Menenangkan tubuh supaya beristirehat + Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh + Memperlambatkan proses penuan..

Semoga kita semua mendapat kebaikan dengan perkongsian maklumat ini..
p/s : jika anda ingin mendapatkan produk ini seperti gambar di atas, boleh hubungi admin..harga serendah RM12/pek..

Thursday 14 March 2013

Kisah Cinta



Renungkan........ , Hayati dan fahami...


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang... terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu kecewa, meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

Friday 8 March 2013

Perbezaan Antara Lelaki Dengan Perempuan




Keunikan lelaki dan wanita terletak pada perbezaan mereka. Lelaki dan wanita bukan sahaja mempunyai kerangka zahiriah yang berlainan tetapi juga emosi dan psikologi yang pelbagai. Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan keunikan ini. Lelaki diciptakan daripada tanah dan wanita diciptakan dari tulang sulbi lelaki. Perbezaan ciptaan ini juga membawa perbezaan tatacara mereka menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah. Kita lihat situasi di bawah: 

Ali dan Aminah adalah sepasang suami isteri yang berkerjaya. Ali seorang pegawai tinggi syarikat kereta dan Aminah adalah pensyarah di sebuah universiti. Pada suatu hari Ali menghadapi kekusutan dalam menyelesaikan satu masalah di pejabat. Kemudian ditambah pula dengan kerja persatuannya yang belum lagi disiapkan. Aminah sebagai seorang pensyarah sedang menghadapi musim peperiksaan pelajar. Dia terpaksa memeriksa kertas pelajar disamping mesyuarat-mesyuarat universiti yang terpaksa dihadiri. Ali kembali ke rumah dan terus ke meja komputer untuk memeriksa internet. Aminah terus ke dapur dan membuat minuman untuk mereka berdua. Setelah duduk, Aminah mula menceritakan masalahnya kepada si Ali. Perbualan mereka seperti ini: 

Aminah : Banyak betullah kertas nak diperiksa..
Ali : Emm..(Mata Ali masih tidak berganjak dari dada komputer)
Aminah : Tak tahulah bila nak siap..(sambil menghirup kopinya)
Ali : Ala..Nanti-nanti siap la..
Aminah : Tak boleh..
Ali : Boleh..Apa yang tak bolehnye..Bukannya susah sangat benda tu. Kalau tak boleh awak mintalah tolong si Rahimah ke, Razak ke untuk tolong semakkan"..(Mata tak beralih dari komputer)
Si Ali berasa puas kerana telah berjaya menyelesaikan masalah si Aminah. Si Aminah semakin tertekan. Dia mencebikkan bibir, mengambil kopinya sambil berlalu pantas tanda marah "Awak memang tak sayangkan saya. Awak bukannya nak dengar masalah saya. Awak lebih sayangkan komputer awak tu!" Ujar Aminah. Ali terkebil-kebil. "aik. Apa salah aku? Bukan aku dengar ke masalah dia tadi?" 

Situasi Lain;
Sekembalinya Ali dari pejabat, wajahnya menampakkan raut kerisauan. Isterinya, si Aminah yang baru menghidangkan air kopi mula berasa risau."Ada masalah ke bang?" "Biasa je" ujar Ali sambil membuka tali lehernya. "Masalah pejabat ke? Kerja berlambak lagi?" Tanya si Aminah sambil matanya masih lagi tidak beralih dari Ali mengharapkan si Ali akan berkongsi masalahnya. "Alah tak de apa-apalah!" Si Ali terus bangkit dari sofanya dan terus ke meja komputer dan menekan butang internet. Si Aminah rasa tidak disayangi. Si Ali rasa si Aminah terlalu membebankan. Apa masalah mereka sebenarnya? 

Ini adalah ragam biasa suami isteri. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua mereka ini berbeza dalam menyelesaikan masalah. Si suami dengan kaedahnya tersendiri dan si isteri dengan kaedahnya tersendiri. Yang menjadi masalahnya, kedua-dua kaedah ini adalah bertentangan dengan satu sama lain. Kalau takut di bakar naga, jangan bermain di mulut gua.  Bagi setiap wanita, mereka perlu memahami bahawa setiap lelaki mempunyai 'gua' dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati gua tersebut. 

Lelaki apabila menghadapi masalah mereka akan masuk ke dalam gua ini. Lelaki mempunyai ego yang tinggi dan cuba untuk menyelesaikan semua masalahnya dengan 'kebolehannya' dan 'kekuatan'nya sendiri. Dia tidak suka dibantu melainkan dia meminta bantuan. Di dalam gua ini, lelaki akan menghabiskan masa memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Begitulah yang terjadi kepada Ali. Ali menghadapi masalah dipejabat, tetapi dia tidak kembali untuk menceritakan masalah tersebut kepada isterinya. Sebaliknya dia pergi ke 'gua' tempat dia bertapa untuk menyelesaikan masalah. Dalam pada dia cuba untuk melupakan seketika
masalah tersebut, dia akan membuat kerja lain seperti internet, membaca email, membaca suratkhabar, memancing, bermain golf atau bola dan sebagainya. 


Inilah kaedah lelaki menyelesaikan masalah. Setelah selesai masalah tersebut, barulah mereka keluar dari 'gua' mereka. Bagi perempuan, penyelesaian masalah dilakukan dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada pasangannya atau apabila pasangannya mempunyai masalah, mereka berharapkan pasangannya berkongsi masalah dengan mereka. Mereka berkongsi masalah bukan untuk tujuan menyelesaikannya, tetapi adalah lebih kepada meluahkan perasaan yang terbenam di dalam hati. Oleh kerana itu, wanita adalah lebih mudah menceritakan masalah mereka dengan wanita yang lain berbanding dengan menceritakan masalah mereka dengan lelaki yang lain.

Dengar sahaja perbualan telefon. Lelaki dengan lelaki jarang menelefon untuk menceritakan masalah peribadi melainkan untuk menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan. Wanita, tidak begitu. Mereka akan menelefon bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat tetapi berkongsi masalah dan cerita yang membuku di dalam hati mereka. Kerana itu wanita mudah dibawa bercakap berbanding lelaki.


Bagaimana menyelesaikan konflik ini. 

Sekiranya lelaki mempunyai masalah, si isteri cenderung untuk bertanyakan masalah tersebut disebabkan ini adalah sifat perempuan. Lelaki tidak suka berkongsi masalah disebabkan oleh faktor ego dan 'gua' tebal yang telah dibinanya. Sekiranya dia berkata "tak ada apa", "tak apa" atau sewaktu dengannya, maka sebaik-baiknya jangan teruskan pertanyaan sehingga lelaki tersebut menceritakan sendiri masalahnya. Jika anda gagal mengenal tanda-tanda bahawa suami anda telah masuk ke dalam gua, berjaga-jaga kerana anda sekarang sedang berada dalam bahaya dibakar oleh naga yang berada di mulut gua tersebut.

Sekiranya si isteri mempunyai masalah dan mencertiakan kepada si suami, JANGAN cuba menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki akan mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan semua masalah sebab adalah naluri keegoan lelaki yang mempunyai sifat "Mr fix it " atau "mr know it all". Sebaliknya, palingkan muka anda mengadap isteri anda, berhenti dari melakukan apa sahaja kerja yang anda sedang lakukan dan dengar masalahnya dan biarkan dia luahkan perasaan. Memang susah untuk dilakukan, tetapi jadilah seorang pendengar yang setia. Hargai percakapan mereka dengan kata-kata "emm", "ye ke", "oo" dll. Bukannya dengan cara memberikan penyelesaian seperti si Ali di atas kecuali di minta. Itupun dengan kadar yang minima. Tidak mengapa kalau mereka tidak mahu menerima pendapat kita.

Sekiranya suami anda mempunyai masalah, besar kemungkinan dia akan cuba melupakan masalah dengan cara membuat pekerjaan yang dapat melupakannya dengan masalah besar tersebut seketika. Biarkan dia bermain golf, memancing, baca surat khabar, internet dll. Maka berikan sokongan anda dengan cara membiarkan dia melakukan hobi mereka. JANGAN merungut atau berleter kerana ini akan membuatkan dia lari lebih jauh lagi ke dalam gua dan mungkin anda sukar untuk mencapainya lagi. 


> > Perhubungan manusia suatu yang unik. hargailah... "

Monday 25 February 2013

Ilmu Metafizik

Lama sangat tak update blog saya ni..Dah penuh berhabuk..Orang baru cam saya ni mana la pandai sangat nak berblog..Rakan-rakan di laman carijodoh juga semuanya macam nak sembunyi-sembunyi saja..takde pun yang nak berchatting dengan saya di facebook mahupun di twitter..Saya tak salahkan anda..Mungkin anda rasa malu untuk menonjolkan diri sebenar anda..Pada yang sudi nak bersahabat dengan saya, saya ucapkan terima kasih..

Sebetulnya tiada apa yang perlu anda malukan dengan menyertai laman carijodoh ini..Ia merupakan salah satu usaha anda untuk menemui teman hidup..& usaha anda itu seharusnya dipuji..Memang tak dinafikan ada juga segelintir yang tidak jujur, namun dengan kebijaksanaan & sikap berhati-hati anda, in-sha-Allah anda tidak akan apa-apa di laman maya ini..Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua kawan-kawan saya di laman carijodohserasibersama..

Seringkali kita tertanya-tanya kenapa kita berasa tertarik sangat dengan seseorang tu, tapi kenapa pula ada sesetengahnya yang kita langsung tak tertarik..Dulu saya beranggapan ia hanyalah tarikan semata-mata..Namun setelah saya pelajari ilmu metafizik, barulah saya mengerti mengapa kita begitu serasi & tertarik dengan sesetengah orang..

Sebagai contoh, saya & encik husband..kami memang bagai langit & bumi..banyak perbezaan namun masih boleh kompromi..saya adalah orang nombor 4 (unsur kayu) & suami adalah no. 7 (unsur air)..memang daripada gabungan tarikh lahir kami, ada no. chemistry/serasi, namun banyak juga unsur tekanan..melalui ilmu ini saya tahu saya perlu banyak bertolak ansur & mengelak daripada wujud tekanan antara kami..

Dahulu, ketika saya tidak mendalami ilmu metafizik ini, kami selalu juga bergaduh..Alhamdulillah, saya ditemukan dengan ilmu ini yang mana membuatkan saya lebih memahami diri sendiri & orang2 disekeliling saya..Saya tak nafikan masih ada pihak yang mengatakan ilmu ini syirik & sebagainya..

Namun, ilmu metafizik sebenarnya adalah hasil kajian yang dibuat ke atas ramai orang..sepertimana pakar motivasi yang selalu merujuk pada kelakuan seseorang berdasarkan bulan kelahiran mereka..Namun, ilmu metafizik ini lebih kompleks & lebih detail tentang pola-pola/blueprint yang terdapat dalam diri seseorang..

Jadi, apakah pilihan anda? Memilih untuk mencari & menemui insan yang salah @ mendalami sedikit ilmu ini untuk mencari seseorang yang sememangnya ada chemistry dengan anda? Jika anda ingin lebih mengenali diri anda, dan mengetahui pasangan yang macam mana yang sesuai untuk anda, bolehlah berbincang dengan saya..Semoga berjaya selalu hendaknya..


5 Syarat Nak Buat Maksiat..




Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat. " Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." 


Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
 

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. " Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima? " Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim..

-----------------

Pasakkan Iman Untuk Satu Perubahan...

Tuesday 22 January 2013

Perspektif Jodoh

PERSPEKTIF JODOH


Yang Salah ==> Jodoh tak perlu dicari..
Yang Sebetulnya ==> Allah menyuruh manusia berusaha.

Yang Salah ==> Perempuan hanya perlu menunggu..
Yang Sebetulnya ==> Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w.

Yang Salah ==> Perempuan tidak banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan..
Yang Sebetulnya ==> Perempuan berhak memilih.

Yang Salah ==> Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik..
Yang Sebetulnya ==> Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya.

Yang Salah ==> Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan..
Yang Sebetulnya ==> Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi.

Yang Salah ==> Perlu bercinta sebelum berkahwin..
Yang Sebetulnya ==> Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.

Yang Salah ==> Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa..
Yang Sebetulnya ==> Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber'SMS' sehingga melalaikan.

Yang Salah ==> Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, "I tidak ada harta, tetapi I ada cinta"..
Yang Sebetulnya ==> Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.

Yang Salah ==> Contoh yang lain: "I tidak akan usik U sebelum kita nikah"..
Yang Sebetulnya ==> Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan. Nauzubillah..

Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya, terhindar dari gangguan syaitan & dari manusia-manusia yang berhasad dengki...Aminn


60 Petua Mendapat Pasangan Dari Dato' Fadzilah Kamsah


1) Semua orang ada jodoh @ pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang jauh darinya.

2) Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, in shaa Allah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3) Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh anda.

4) Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5) Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6) Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7) Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang orang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8) Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, anda perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah penting.

9) Untuk lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10) Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang pada mereka yang bersedia untuk menerima cinta.

11) Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12) Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13) Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14) Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15) Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16) Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17) Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18) Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19) Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20) Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru, buang semua benci.

21) Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22) Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23) Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat @ kedekut.

24) Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25) Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26) Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27) Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28) Orang mudah tertarik kepada kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.



29)  Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30.) Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31)  Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32) Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33) Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34) Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35) Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36) Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37) Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38) Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39) Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40) Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41) Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42) Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43) Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44) Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45) Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46) Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47) Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48) Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49) Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50) Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51) Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52) Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53) Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54) Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55) Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56) Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57) Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58) Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59) Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60) Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.