Thursday 17 October 2013

Bolehkah Perempuan Mengurat Lelaki?

Perempuan tackle lelaki? Macam pernah dengar hal ni @ anda adalah orang yang memulakan dahulu perkenalan bersama si dia. Bagaimana perasaan anda ketika mula2 mengurat dahulu? Kalau ikut tradisi orang dahulu, kita akan dituduh sebagai perigi mencari timba, tambahan pula kita orang Melayu yang memegang teguh pada adat resam, budaya dan agama. 

Zaman sudah berubah, ada juga lelaki yang pemalu dan tidak salah perempuan memulakan dahulu perkenalan tersebut. Seperti kata seorang ustaz, hanya orang bijak mengambil kesempatan akan mendapat peluang tersebut. Jadi, kalau anda ada menaruh hati pada si dia sebelum ini, malu-malu bagaimana nak memulakan perkenalan, apa kata mulakan langkah baru. Mengurat tidak salah asal tidak melanggar batas agama. 

Tidak salah wanita memulakan dahulu sesuatu perkenalan. Memberi salam perkenalan, bertanya latar belakang, malah berjumpa sekalipun adalah diizinkan dengan syarat bersama mahram (bapa, abang kandung dan sebagainya). Kesemuanya ini dilakukan sekadar keperluan sehingga tidak meleret-leret @ terlalu detail (teliti) yang boleh membawa kepada fitnah dan kelekaan. Bukan sekadar memulakan perkenalan, malah wanita juga berhak memulakan dan menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada seorang lelaki. Bilangan lelaki yang semakin sedikit dan jumlah wanita yang semakin ramai menjadi kewajaran malah persaingan dalam isu pemilihan calon pasangan, jadi hanya orang yang bijak dan pandai merebut peluang akan beruntung.

Kita ambil contoh Saidatina Khadijah yang telah memulakan dahulu perkenalan terhadap peribadi Rasulullah SAW melalui hambanya, Maisarah. Malah Saidatina Khadijah juga telah melamar baginda melalui hambanya itu, dan akhirnya mereka hidup bahagia. Yang penting, adalah kecenderungan untuk memilih yang terbaik dengan sifat yang terbuka, tanpa menyakiti atau memperkecilkan peribadi yang lain. Sekiranya ini dapat diamalkan, tiada lagi tanggapan negatif terhadap individu wanita yang "cuba memulakan dahulu" sebagai perigi cari timba.

Malu merupakan halangan terbesar bagi wanita untuk memulakan langkah pertama. Cara terbaik bagi wanita yang mahu memulakan langkah pertama adalah dengan membina keyakinan diri sendiri melalui penampilan dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Cuba ambil tahu dan bertanya kepada kawan-kawan yang rapat dengan lelaki yang mereka berkenan. Apa yang disukainya, makanan kegemaran, hobi dan sebagainya.

Kalau mahu keluar bersama buat pertama kalinya, ajaklah kawan-kawan lain sama bagi menghilangkan sikap gementar. Buatlah secara perlahan-lahan. Biar sikit-sikit kita wujudkan perhubungan itu agar tidak nampak kita seperti mendesak. Biarkan hal itu berlalu secara normal dan berkeadaan biasa. Tapi, macam mana pula kalau hubungan yang cuba diwujudkan berjaya?Ini biasanya menjadi persoalan bagi wanita. Sudah tentu dia gembira kerana tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, perasaan bimbang hubungan tak akan kekal masih ada. Maklumlah, bukan lelaki itu yang mula memikat dirinya.

Untuk kekalkan hubungan sebenarnya banyak cara. Di sini, dinasihatkan agar mereka banyak belajar dan memperbaiki diri. "Open minded" dan sebaiknya banyakkan berbincang bersama. Cuba wujudkan komunikasi dua hala untuk kebaikan bersama dan lakukan perubahan positif. Saling membantu dan berkongsi susah senang bersama. Dengan cara itu, InshaAllah, hubungan yng dibina akan berkekalan.

Tapi, jika hubungan yang dibina putus di tengah jalan, jangan terlalu ikutkan hati. Memang kecewa jika berlaku begitu, tambah-tambah lagi kita sebagai wanita yang memulakannya dahulu. Tentulah kita harap hubungan terus kekal. Tapi, kalau hubungan tak berpanjangan, cuba sibukkan diri dengan kerja, bersama-sama dengan kawan-kawan atau beriadah di masa lapang. Jangan sepikan diri sebab kita akan rasa lebih kecewa dan sedih lagi bila berseorangan.

Sebaiknya bagi lelaki, jangan beri harapan palsu pada perempuan dan terima dia semata-mata nak jaga air muka atau bertujuan nak ambil kesempatan. Wanita ni, kalau dah sayang seorang lelaki tapi perasaannya dipermainkan, bimbang nanti dia akan anggap semua lelaki sama. Pada saya, kalau lelaki tu 'gentlemen', dia akan berterus-terang.


p/s : nantikan perkhidmatan perunding carijodoh yang akan dilancarkan tak lama lagi..biar kami bantu mencari pasangan hidup anda.


1 comment:

  1. Online Casino - Get up to a 100% deposit bonus and play
    Online Casino. kadangpintar Welcome to the world of 메리트카지노 online 인카지노 casino. We offer some of the best games in the world and they are some of the best ones to play on

    ReplyDelete